Monday, 13 May 2013


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Pentingkah hati?
kalau pesan dekat kawan, hati-hati
kalau marah, sakit hati
kalau suka, puas hati
kalau putus cinta, patah hati
kalau bahagia, suka hati
semuanya soal hati ; tapi pentingkah hati ini?

Fitrah manusia bukti pentingnya hati
Cuba bayangkan...
"nama saya kari" -sambil tangan tunjuk di perut- 
pelik kan?
Dah jadi fitrah manusia, kalau perkenalkan diri, tangan mesti ke hati
tak percaya? cuba try test =)
tak ada satu pun makhluk yang masa perkenalkan diri tunjuk anggota lain.

Daging yang baik
“Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ini terdapat segumpal darah. Apabila segumpal daging itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. Dan apabila segumpal daging itu buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. Segumpal daging yang aku maksudkan adalah hati.” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Duhai hati, awak sihat tak?
Ada 3 jenis hati :

1. 
Hati yang sejahtera 
: Yang sentiasa ingat pada Allah

2. 
Hati yang sakit 
: Sering melakukan perkara baik pada masa yang sama turut melakukan perkara yang tidak baik

3.
Hati yang mati
: Yang susah menerima kebenaran

Tepuk iman, tanya hati bahagiakah ia ketika ini...

Akhlak cerminan hati
Akhlak kita menggambarkan hati kita.
Kalau orangnya lemah lembut, impression kita pada dia, mesti hatinya sensitif.
Kalau orangnya panas baran, impression kita padanya, mesti keras hati.
 Jagalah hati supaya akhlak kita tidak dikeji.

Training untuk hati
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Semoga kita bersama-sama dapat menjaga hati yang Allah pinjamkan buat sementara waktu ni.
Hati = Jantung

=)

pencari redhaNYA.

Friday, 3 May 2013

REZEKI @ UJIAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Berita gembira.
Result midsem yang amat memberangsangkan.
Semua A.
Bersyukur dan terkejut sangat bila di beri hadiah dari Allah sebahagia ini. 
Walaupun study last minit ; disebabkan masa banyak di habiskan ke arah pencarian redhaNYA,
mungkin ini benar-benar hadiah dariNYA.

Terkesan.
 “Jika kamu menolong (agama) Allah, 
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” 
[47:7]

Rezeki atau Ujian.
Bagi diri ini, ini memang pakej 2 dalam 1.
Pertama, rezeki kebahagiaan di dunia dan 
kedua, ujian sama ada kita akan terus berusaha dalam terus berbuat,
 baik dalam soal akademik mahupun dalam soal pencarian redhaNYA.

"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami,berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."
[39:49]

Dan bagi diri ini, hadiah ini adalah sebagai peneguhan kepada diri sendiri dan rakan-rakan.
Tidak ada salahnya jika kita mengorbankan masa dan tenaga kita ke jalan Allah.

Kerana bezanya dulu dan kini yang kian terasa.
Dulu, saya punya banyak waktu untuk di 'lagha' kan.
Dulu, waktu study saya itu adalah terjamin.
TAPI.
Kini, saya punya sikit waktu untuk di 'lagha' kan.
Kini, waktu study saya tiada lagi jaminannya.
NAMUN
Dulu, saya hidup dalam kekosongan dan
Kini, saya hidup dalam keadaan yang sering diisi dengan sesuatu yang bermakna.

'Jika kita tidak mengisi masa dengan sesuatu,
akan ada sesuatu yang mengisi masa itu'

Yang penting, kita kena pandai menjaga, mengisi dan merancang masa kita.
24 jam itu adil untuk semua.
Dan yang penting juga, kita kena ingat bahawa

Apa yang ALLAH aturkan sebenarnya ada hikmah dan rahsianya...

=)

Wassalam.
pencari redhaNYA.