BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Berita gembira.
Result midsem yang amat memberangsangkan.
Semua A.
Bersyukur dan terkejut sangat bila di beri hadiah dari Allah sebahagia ini.
Walaupun study last minit ; disebabkan masa banyak di habiskan ke arah pencarian redhaNYA,
mungkin ini benar-benar hadiah dariNYA.
Terkesan.
“Jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”
[47:7]
Rezeki atau Ujian.
Bagi diri ini, ini memang pakej 2 dalam 1.
Pertama, rezeki kebahagiaan di dunia dan
kedua, ujian sama ada kita akan terus berusaha dalam terus berbuat,
baik dalam soal akademik mahupun dalam soal pencarian redhaNYA.
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami;
kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami,berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."

[39:49]
Dan bagi diri ini, hadiah ini adalah sebagai peneguhan kepada diri sendiri dan rakan-rakan.
Tidak ada salahnya jika kita mengorbankan masa dan tenaga kita ke jalan Allah.
Kerana bezanya dulu dan kini yang kian terasa.
Dulu, saya punya banyak waktu untuk di 'lagha' kan.
Dulu, waktu study saya itu adalah terjamin.
TAPI.
Kini, saya punya sikit waktu untuk di 'lagha' kan.
Kini, waktu study saya tiada lagi jaminannya.
NAMUN
Dulu, saya hidup dalam kekosongan dan
Kini, saya hidup dalam keadaan yang sering diisi dengan sesuatu yang bermakna.
'Jika kita tidak mengisi masa dengan sesuatu,
akan ada sesuatu yang mengisi masa itu'
Yang penting, kita kena pandai menjaga, mengisi dan merancang masa kita.
24 jam itu adil untuk semua.
Dan yang penting juga, kita kena ingat bahawa
Apa yang ALLAH aturkan sebenarnya ada hikmah dan rahsianya...
=)
Wassalam.
pencari redhaNYA.
No comments:
Post a Comment